Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kedudukan Alfredo Vera di Kelantan masih selamat -- Zamsaham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zamsaham.jpg
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, menegaskan bahawa kedudukan ketua jurulatih, Afredo Vera, di kelab itu kekal selamat buat ketika ini.

Norizam, yang turut dikenali dengan panggilan Zamsaham, mengakui berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan Vera bersama pasukannya biarpun tewas 0-10 kepada Johor Darul Ta'zim FC (JDT) dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia pada Sabtu lalu -- dengan kekalahan agregat 1-15.

Jelas Zamsaham, pemainnya kelihatan selesa dengan corak kendalian jurulatih kelahiran Argentina itu.

Sejak dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih The Red Warriors pada Jun lalu, Vera telah merakamkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan lapan kekalahan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia dengan barisan yang terdiri daripada pemain-pemain muda.

"Setakat ini Alfredo baik-baik sahaja," katanya kepada Astro Arena.

"Kerana dia berprestasi dan bersesuaian. Pemain faham (dengan cara latihannya).

"Ia mudah, pemain dapat ikut dan faham taktikalnya.

"Kekalahan adalah sebahagian daripada takdir, jurulatih tidak mahu kalah tetapi takdirnya seperti itu kerana kami lawan pasukan kuat.

"Pada saya tidak ada masalah, kami akan mencuba untuk kekal dalam Liga Super kerana kami masih ada baki perlawanan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video