Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA), bakal memperagakan jersi rasmi pasukan bermula 26 Julai ini ketika bertemu finalis Piala Cabaran 2023, Kuching City, di Stadium Darul Aman.

Menurut Pemilik kelab tersebut, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, persiapan set kelengkapan utama pasukan itu masih dalam proses perkilangan dan sedang disiapkan sebelum skuad kendalian Nafuzi Zain itu menyarung seragam rasmi itu.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Kedah turut bakal mengumumkan senarai penaja utama dalam masa terdekat bagi menjadi rakan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.

Pelancaran inisiatif perekonomian pasukan Kedah sebelum ini menerima khabar berita positif susulan mereka sedang memeterai hala tuju selain menjadi sokongan utama kelab itu menjana kewangan yang stabil.