Kedah Darul Aman (KDA) dilihat bakal menurunkan skuad muda pada perlawanan Liga Super 2024/25 menentang Kuala Lumpur (KL) City pada Sabtu ini.

Latihan Sang Kenari yang berjalan di Stadium Darul Aman menyaksikan hanya pemain muda sahaja yang berlatih bersama Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain.

Menurut sumber, masa bagi mempersiapkan pasukan untuk aksi liga semakin suntuk kerana tiada pemain utama skuad Hijau Kuning yang turun menjalani latihan setakat ini.

"Latihan pada petang Selasa hanya dibarisi pemain muda yang terdiri dari skuad muda bawah 23 tahun dan dikendalikan oleh barisan kejurulatihan utama Kedah.

"Tidak mustahil jika skuad muda akan mengambil alih tugas yang ditinggalkan pemain senior mereka bagi perlawanan menentang KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu ini," katanya.

Kredit -- Sinar Harian