Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kedah dijangka turunkan skuad muda hadapi KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-training.jpg
Kedah Darul Aman dijangka akan menurunkan skuad muda menjelang pertemuan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Aman malam ini.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, melaporkan ketua jurulatih interim pasukan itu, Victor Andrag, memanggil lapan pemain daripada skuad B-23 Sang Kenari.

Bagaimanapun, dua pemain import, Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah, dilaporkan masih bersama pasukan itu.
 

Advertisement

Must Watch Video