Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super Jom Ngejoss: Terengganu garang, lain-lain nampak setara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu.jpg
Selain kemenangan percuma 3-0 Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Selangor, hanya Terengganu yang berhasil menyusuli angka jaringan besar dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2024/2025. 

Minggu pertama saingan tertinggi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hujung minggu lalu itu menyaksikan empat kemenangan dan 11 jaringan diledakkan, berbeza dengan senario musim lalu dengan 19 gol.

Sang Penyu membenam Perak 3-1 yang melibatkan gol daripada tiga pemain import berbeza selain jaringan sendiri Shivan Pillay. 

Sri Pahang dan Kedah Darul Aman turut memungut mata penuh menerusi jaringan tunggal apabila penyudah Syafiq Ahmad seawal 33 saat sudah cukup menghukum PDRM di Stadium Selayang sementara Manuel Hildago memberi keceriaan buat kem Sri Pahang. 

Di Stadium KLFA, Kuala Lumpur (KL) City memungut satu mata ketika berdepan Kuching City untuk mengulangi prestasi musim lalu.



 

Advertisement

Must Watch Video