Bekas pertahanan Kelantan dan Selangor, Rizal Fahmi Rosid, menganggap perlawanan pertama Liga Super hujung minggu lalu belum boleh dijadikan petunjuk mengenai mutu pasukan yang bertanding.
Rizal percaya taring sebenar sesebuah pasukan akan terserlah usai lima perlawanan pertama musim ini.
"Kebiasaannya lima perlawanan terawal ini persaingannya sengit dan selepas itu susah nak dapatkan pasukan yang tekal.
"Selepas beberapa perlawanan, mungkin pasukan sudah mempunyai 15-16 pemain (yang dianggap) skuad utama.
"Jadi apabila berlakunya kecederaan, pasukan ini menjadi tidak menentu.
"Awal-awal ini setiap pasukan perlu terus tingkat prestasi," kata juara Liga Super 2011 dan 2012 itu di Nadi Arena sebentar tadi.
Tirai Liga Super 2024/2025 akhirnya disingkap secara rasmi minggu lalu menerusi lima perlawanan.
Tanpa Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, minggu pertama merekodkan dua keputusan seri dan dua kemenangan tipis, manakala hanya satu kemenangan selesa dicatatkan.
Malah, empat daripada 10 pasukan yang berentap hujung minggu lalu kebal dengan aksi tanpa bolos dalam perlawanan masing-masing.
Mengulas mengenai kualiti pemain berdasarkan perlawanan pertama, Rizal Fahmi berpendapat kemampuan itu berjaya diserlahkan penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad.
Ia menerusi gol pantas yang dilakukan tonggak Harimau Malaya itu untuk membantu Sang Kenari menewaskan PDRM 1-0 di tempat lawan.
"Sudah lama kita ketandusan penyerang tempatan berbisa.
"Saya rasa dia akan lebih menyinar dalam Liga Malaysia.
"Kita mempunyai pemain tempatan berkualiti dan yang penting pemain luar negara dapat membantu pasukan.
"Daripada situlah kita dapat lihat persaingan antara kelab," katanya.