Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT tiada masalah benam PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor-dt.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) meluaskan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila membelasah PDRM 7-0 dalam perlawanan di Selayang sebentar tadi.

Bintang skuad kebangsaan, Arif Aiman Hanapi, muncul pemain paling cemerlang meledakkan dua gol dalam separuh masa pertama, sambil Jairo da Silva turut memperoleh jaringan berganda dalam separuh masa berikutnya.

Arif Aiman membuka jaringan buat JDT pada minit ke-27 sebelum menggandakan kelebihan itu pada minit ke-33.

Pelawat kemudian menambah lima lagi gol dalam babak kedua bermula dengan jaringan Bergson da Silva pada minit ke-54 dan disusuli  gol Eddy Irafilov pada minit ke-67.

Jairo kemudian menjaringkan dua gol pada minit ke-77 dan 85, yang mengapit jaringan Romel Morales pada minit ke-83.

Dengan keputusan itu, JDT mencatatkan kemenangan bersih setakat tujuh perlawanan musim ini untuk mengumpulkan 21 mata.

PDRM pula kian tergelincir ke tangga kelapan dengan enam mata selepas enam perlawanan tetapi masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
 
JDT

JDT Power

Semua cabaran pasti ditempuhi dengan semangat membara, lebih-lebih lagi bila pakai jersi JDT ini.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video