Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Jaringan kedua lonjak semangat Feroz menjelang aksi JDT lawan Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

feroz-baharudin-jdt.jpg
Bintang muda Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Feroz Baharudin, mahu menjadikan jaringan kedua peribadinya minggu lalu sebagai pembakar semangat untuk menghadapi Kelantan FC dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu malam esok.

Feroz meraih gol peribadi keduanya musim ini ketika membantu JDT menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu.

Perlawanan itu merupakan penampilan pertamanya selepas mengalami kecederaan ketika membantu skuad negara dalam tugasan antarabangsa bulan lalu.

Keazaman pertahanan berusia 23 tahun itu untuk meningkatkan prestasinya jelas kelihatan, di mana dia bertekad untuk mengetepikan saingan di bahagian benteng Harimau Selatan bagi bertemu The Red Warriors.

Feroz berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Pada awalnya saya agak bergelut. Selepas saya pulih daripada kecederaan, saya risau akan prestasi saya selepas ditampilkan semula.

"Alhamdulillah, saya dapat menemui jaringan kedua dan ia memberikan saya keyakinan untuk bersedia bagi menghadapi perlawanan yang akan datang.

"Ini adalah sesuatu yang baik untuk saya memberikan cabaran buat pemain import. Saya tidak melihat kepada pemain lain kerana saya hanya fokus kepada prestasi saya untuk beraksi baik dalam setiap perlawanan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video