Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Jangan sampai Kelantan FC lingkup -- pemerhati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united-vs-kelantan-fc.jpg
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham, perlu kembali memenangi hati pemainnya sekiranya mahu melihat kelab pantai timur itu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.

Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata masalah utama yang membelenggu Kelantan FC ketika ini adalah kehilangan motivasi dalam kalangan pemain selepas berlakunya banyak perkara, termasuk soal tunggakan gaji, yang melanda kelab itu.

Menurutnya, Zamsaham perlu mengambil pengajaran, iaitu lebih bijak dalam menguruskan kelab, menukar pendekatan dan sikap selain mengelakkan masalah besar timbul yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pemain.

"Apa yang saya lihat ketika ini, pemain Kelantan FC sudah kehilangan motivasi kerana banyak perkara berlaku dan menyebabkan kelab kalah berturut-turut perlawanan.

"Persoalan sekarang adakah Zamsaham akan berjaya memenangi kembali hati pemain yang akan menjadi faktor utama untuk mereka bangkit. Jika masih ada lagi krisis antara pemilik dan pemain, saya tak yakin Kelantan akan mampu bangkit walaupun telah merekrut pemain baru.

"Contohnya, jika masalah-masalah seperti gaji dapat ditangani sepenuhnya seperti dijanjikan, Zamsaham perlu memastikan ia tidak berlaku lagi selepas ini. Ketika ini, terpulang kepadanya untuk cuba menguruskan kelab dengan lebih baik dan mengelakkan masalah lebih besar berlaku," katanya.

Sebelum ini, Kelantan FC dibadai dengan pelbagai masalah, termasuk tindakan Zamsaham yang 'menahan' gaji pemain seperti yang didakwa oleh pemain pasukan itu.

Malah, ada dakwaan yang mengatakan Zamsaham sering menggunakan kata-kata kesat kepada pemain.

Langkah Zamsaham itu memberikan kesan besar apabila pasukan itu terus menerus tewas dalam saingan Liga Super dan kini berada di kedudukan terbawah liga dengan hanya satu kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.

Bagaimanapun, dia berjanji akan cuba mengembalikan pasukan ke landasan kemenangan, termasuk mendapatkan pemain baru dalam jendela perpindahan kali ini.

Pekan berkata, jika Zamsaham gagal untuk memulihkan kembali pasukan, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan melepaskan kelab itu kepada pihak yang lebih berkemampuan.

"Jika faktor dalaman ini sukar dipulihkan, jalan terbaik adalah lepaskan kepada pihak lain yang sudi untuk beli pasukan atau ambil alih.

"Kita tidak mahu Kelantan terus merosot dan akhirnya pasukan itu akan hanya menjadi pasukan belasahan dalam saingan liga," katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video