Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ismahil Akinade mahu ubah selera ke Lembah Klang?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ismahil.jpg
Sudah menjadi lumrah setiap penyerang apabila pasukan sendiri tidak menjadi pandangan negatif serta kritikan akan terarah kepada penyerang terlebih dahulu.

Perkara itu dilalui penyerang Terengganu, Ismahil Akinade, susulan aksi kurang menjadi Skuad Penyu sejak kebelakangan ini.

Malah, terdapat pandangan yang berasakan Akinade gagal menggalas tanggungjawab yang dipikul Ivan Mmamut musim lalu.

Untuk rekod, Akinade hanya menjaringkan liga gol dalam kempen Liga Super 2024/25 daripada 20 penampilan. Namun, realiti sebenarnya kudrat Akinade kerap digunakan di bahagian sayap, berbanding selaku penggempur utama pasukan.

"Anda melakukan dengan bagus atau tidak, orang akan tetap bercakap. Saya beraksi sebagai pemain sayap lebih banyak berbanding sebagai penyerang.

"Selagi boleh membantu pasukan, beraksi dengan baik saya berharap untuk beraksi musim depan. Saya berminat untuk beraksi dengan pasukan di Lembah Klang. 

"Banyak pasukan baik seperti JDT, Selangor, Kuching City juga. Saya mahu terus kekal di Malaysia berbanding luar negara, saya menikmati masa di Malaysia." katanya.

Untuk rekod, Akinade sebelum ini beraksi bersama Kelantan Red Warriors (TRW) dan Kelantan Darul Naim (KDN).

Malah, Akinade turut meluahkan hasrat untuk kekal bersama Terengganu musim hadapan, dengan kontraknya bersama Skuad Peteh tamat penghujung musim ini namun andai kata khidmatnya tidak diperlukan lagi, Akinade sudah mempunyai pilihan alternatif lain.

Advertisement

Must Watch Video