LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Info siaran langsung (Live streaming) Selangor vs Sri Pahang
Selangor akan meneruskan saingan Liga Super dengan melayani kunjungan finalis Piala Malaysia, Sri Pahang, di Stadium Petaling Jaya malam ini.
The Red Giants kelihatan memiliki peluang cerah untuk menamatkan musim ini selaku naib juara tetapi mereka akan berdepan PDRM dalam final pertama MFL Challenge Cup pada 15 Februari ini, hanya berselang seminggu selepas menghadapi Tok Gajah.
Adakah pasukan bimbingan Katsuhito Kinoshi itu akan menurunkan skuad terbaik mereka menghadapi Sri Pahang?
Iklan
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada 7.30 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
Must-Watch Video