LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Info Siaran Langsung (Live Streaming) JDT lawan PDRM
Saksikan siaran langsung perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan PDRM dalam saingan minggu ke-20 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
PDRM bakal turun dengan misi untuk mengikat Harimau Selatan sekali lagi, dengan anak buah P. Maniam merupakan satu-satunya kelab yang mengikat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu musim ini.
Saksikan secara langsung aksi ini di TV Okay saluran 146 bermula jam 7.45 malam ini.
Iklan
Anda juga boleh tonton secara Live Streaming di Astro Go dan maklumat terkini hanya di Stadium Astro.
Must-Watch Video