LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Ifwat akui puas bantu Kedah sekat kemenangan JDT
Penjaga gol Kedah Darul Aman, Ifwat Akmal Chek Kassim, mengakui puas apabila berjaya membantu pasukannya meraih satu mata berharga berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super semalam.
Jelas penjaga gol berusia 27 tahun itu, dia lega dapat beraksi sepanjang 90 minit permainan meskipun beberapa kali terpaksa diberikan rawatan susulan kecederaan.
Ifwat turut berikan kredit kepada rakan sepasukannya yang berjuang habis-habisan bagi menyekat hasrat Harimau Selatan meraih kemenangan di Stadium Darul Aman.
Iklan
Dia percaya, Kedah kini berada di landasan terbaik bagi buru kedudukan kedua Liga Super 2023 sekaligus raih slot ke pentas Piala AFC musim depan.
"Satu mata yang penting, JDT mengasak ke arah kubu pertahan Kedah banyak kali dan saya sangat gembira kerana berjaya membantu pasukan memastikan satu mata dapat dikongsi," kata Ifwat.
Must-Watch Video