Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hazwan Bakri masih mahu beraksi walau cedera ACL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazwan-bakri.jpg
Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) tidak akan menjadi penghalang buat bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Hazwan Bakri, untuk terus beraksi dalam kancah Liga Super Musim depan.

Biarpun dilepaskan Harimau Selatan dan berdepan kecederaan lutut serius, pemain berusia 31 tahun itu tetap bersemangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain.

Selain itu, Hazwan turut mengakui dia mungkin terpaksa melupakan separuh pertama saingan musim depan bagi memberikan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihannya.

"Untuk pengetahuan semua, dalam perlawanan terakhir hari itu, saya mengalami kecederaan lutut ACL," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Sekarang saya dalam proses pemulihan dan sebelum ini sudah ada kelab yang menghubungi saya tetapi memandangkan saya cedera, saya terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu.

"Kerana saya mahu fokus kepada pemulihan saya terlebih dahulu dan Insya-Allah, kalau perkembangannya baik, saya boleh menyertai pasukan itu dalam jendela perpindahan kedua," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video