Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 23 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Kenari susulan mencapai persetujuan bersama pihak pengurusan untuk menamatkan kontrak lebih awal.
Difahamkan tonggak import tengah Kedah DA, Habib Haroon ucap selamat tinggal kepada pasukan selepas capai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan kelab. ?? ??
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 25, 2024
Habib dijangka menyertai kelab Sitra yang beraksi di Liga Premier Bahrain. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/4NgcBNNjUK
Sebelum ini, pemain kelahiran Bahrain itu mewakili skuad Terengganu selama tiga musim sebelum berpindah ke kelab utara Tanah Air bagi meneruskan cabaran bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
Sebagai rekod, Habib sudah melakukan 85 penampilan dan menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan sewaktu bermain di Liga-M.
Difahamkan, pasukan Sitra menjadi destinasi terbaru Habib bagi meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Liga Premier Bahrain.