Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gol Darren Lok pacu Sabah bangkit ikat Sang Kenari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabahh.jpg
Kedah Darul Aman (KDA) terpaksa akur berkongsi satu mata bersama Sabah selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan minggu ke-25 Liga Super 2024/25 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas gerakan kaki tinggi dilakukan pemain pertahanan pasukan pelawat untuk memberikan Sang Kenari kelebihan terlebih dahulu. Sepakan penalti itu disempurnakan Amirul Hisham untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


 
Skuad kendalian Victor Andrag beraksi baik dalam separuh masa pertama dengan beberapa siri serangan mengancam kubu pertahanan The Rhinos untuk tambahan jaringan.

Masuk babak kedua pula anak buah Martin Stano menggandakan usaha untuk mencari jaringan penyamaan, dan beberapa usaha tidak berjaya disempurnakan dengan jaringan.

Namun, pada minit ke-61, gerakan yang dihasilkan Darren Lok bersama Miguel Cifuentes membuahkan hasil untuk jaringan penyamaan, sekali gus mengumpul satu mata berharga di tempat lawan.

Dengan masih berbaki satu lagi aksi berdepan Perak, Sabah kini menduduki tempat ketiga dengan 40 mata daripada 23 perlawanan, manakala KDA di tangga ke-11 dengan 21 mata.



Keputusan Lain (LS25):

Perak 0 Sri Pahang 1

PDRM 1 Terengganu 0
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video