LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Gergasi Merah tak tunggu peluang datang bergolek
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menganggap tiada istilah selamat sambil menuntut anak buahnya agar menjadikan gelaran naib juara sebagai realiti buat Gergasi Merah musim ini.
Selangor memerlukan enam mata untuk merebut slot Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 hasil keputusan seri tanpa jaringan bertemu Sang Badak di Stadium MBPJ, malam tadi.
"Jaminan bukanlah perkataan yang tepat dalam hal ini, kami perlu dapatkan tempat kedua.
Iklan
"Tidak kira di mana-mana gelanggang sekalipun, kami perlu cuba memburu tiga mata," katanya selepas perlawanan.
Ketua jurulatih Sabah, Martin Stano, pula enggan menunding jari kepada mana-mana anak buahnya.
Sebaliknya lebih selesa untuk menggunakan kesempatan seminggu ini sebagai persiapan menghadapi Terengganu di tempat lawan.
"Inilah bola sepak. Saya tidak mahu salahkannya.
"Kami akan teruskan perjuangan dengan menghadapi Terengganu pada minggu depan," katanya.
Must-Watch Video