Dua finalis bertemu di saingan Liga Super 2024/25 dengan satu pasukan pentas akhir Piala malaysia dan satu lagi di MFL Challenge Cup.
Pertembungan Sri pahang dan Selangor dalam saingan liga pasti menjanjikan aksi sengit di kala kedua-dua pasukan dalam buruan mencari tiga mata penuh selepas aksi terakhir pertemuan antara Skuad Merah Kuning dan Tok Gajah akur sekadar meraih satu mata.
Pertahanan Selangor, Fazly Mazlan, beranggapan semangat juang yang membara ketika ini perlu diteruskan andai tidak mahu tercicir mata di laman sendiri dalam aksi liga esok.
Dia turut sedar banyak penambahbaikan terutamanya daripada aspek jumlah jaringan, Fazly tekad menggunakan segala pengalaman selepas kerap diberikan kepercayaan oleh Katsuhito Kinoshi dalam membantu jentera serangan selain elak dibolosi.
"Pahang marupakan pasukan yang baik, kami di pentas final cuma berbeza kejohanan. Mereka semakin meningkat dalam setiap perlawanan. Kami akan berikan aksi terbaik dan akan pertingkatkan (prestasi) lagi.
Figura Manuel Hidalgo tetap perlu diawasi, dia kerap kali menjadi duri dalam daging benteng lawan walaupun tanpa kehadiran Sergio Aguero yang pasti tidak diturunkan susulan digantung perlawanan.
Kelibat Manuel Hidalgo yang sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetap perlu dirantai. Selain sosok Kpah Sherman yang turut menjadi perhatian benteng pertahanan Gergasi Merah dalam misi pastikan tiga mata penuh tidak disia-siakan.
"Bahagian serangan Pahang sangat baik dengan Hidalgo yang pantas, kami akan beri yang terbaik untuk sekat mereka. Kpah Sherman juga mempunyai fizikal yang kuat, kami sebagai pemain akan beri sehabis baik." tambahnya.

A look back at the goals between #RedGiants and The Elephant. Now it’s time to turn up the heat even more! ???, ??? ???? ????, will be the fuel that makes this match an unforgettable battle on the pitch! ?
— Selangor FC (@selangorfc) February 7, 2025
?️ Buy tickets to #SFCSRP now by clicking the link in our… pic.twitter.com/59CNgXqTIO