Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Fandi tabik penjaga gol Terengganu sekat kemenangan Sri Pahang

fandi-ahmad.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, memuji para pemainnya yang telah memberikan aksi terbaik dan membawa pulang satu mata berdepan Terengganu dalam saingan minggu kelapan Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Dia berasakan penjaga gawang Terengganu, Suhaimi Husin, wajar diberikan pujian kerana berjaya menangkis serangan demi serangan yang diatur oleh pasukannya.

Begitupun, jurulatih berusia 62 tahun itu komited untuk menajamkan jentera serangan Sri Pahang memandangkan mempunyai hampir tiga minggu tempoh rehat sebelum saingan liga bermula semula.


 

"Kita datang untuk dapat mata, walapun satu ia cukup baik. Para pemain telah berikan yang terbaik hari ini. Saya yakin akan menang tadi tapi pasukan lawan bertuah kerana mempunyai penjaga gawang yang baik.

"Saya rasa seimbang tetapi separuh masa kedua saya yakin pasti akan ada jaringan tetapi pemain kami hari ini memang mahukan kemenangan dalam perlawanan hari ini.

"Bahagian serangan perlu ditajamkan lagi, kita perlu mencari cara untuk menjaringkan gol. Dengan waktu rehat selepas ini, kita mahu menajamkan bahagian serangan. Saya berbangga dengan pemain saya hari ini." Katanya.

Advertisement

Must Watch Video