Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Faisal Halim kembali dalam senarai penjaring selepas 447 hari

faisal.jpg
Penyerang kebangsaan, Faisal Halim, kembali membuktikan kredibilitinya selaku pemusnah di hadapan gawang selepas meledak hatrik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Selepas 447 hari dia bergelut untuk berjuang mendapatkan kembali prestasi sebenar selepas peristiwa hitam dalam kariernya apabila menjadi mangsa simbahan asid, tiga gol ketika menewaskan Kelantan Darul Naim 7-0 membantu Selangor untuk menoktahkan status selaku naib juara Liga Super 2024/25.







Untuk rekod, Faisal telah beraksi selama 304.28 minit iaitu sebanyak 10 perlawanan liga dan mengumpul tiga gol, malah kali terakhir pemain berusia 27 tahun itu mencipta gol adalah ketika berdepan PDRM musim lalu menerusi sepakan penalti.






Selangor telah mengumpul 46 mata selepas 21 perlawanan sekali gus menempah slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Advertisement

Must Watch Video