Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-fc.jpg
Erfan Gym & Fitness serius untuk mengambil alih Kelantan FC daripada pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.

Pemilik Erfan Gym & Fitness, yang enggan dikenali, berkata keputusan itu dibuat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh Kelantan FC pada 2012 dan 2013.

"Sejujurnya, saya bersama dengan bola sepak Kelantan sudah lama.

"Saya bermula sebagai salah seorang penaja oada zaman Datuk Seri Vida lagi," katanya.

Menurutnya, sebelum mengambil alih The Red Warriors (TRW), satu pertemuan dengan pemilik Kelantan FC akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

Katanya, nilai pasaran TRW ketika ini melebihi RM5 juta.

Erfan Gym & Fitness berkata jika gagal memiliki pasukan itu, mereka bercadang untuk menjadi penaja utama kepada TRW pada masa akan datang.

Anak kelahiran Wakaf Che Yeh yang berusia 30-an itu berkata, dia turut menjalankan perniagaan lain dalam bidang perlombongan emas dan mengimport air.

Sebelum ini Norizam atau Zamburger mengesahkan pihaknya ada menerima dua tawaran untuk mengambil alih Kelantan FC, iaitu Datuk Seri Vida dan Erfan Gym & Fitness.

Bagaimanapun, ia hanya perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya.

Media sebelum ini melaporkan, Zamburger menegaskan individu yang berhajat membeli saham TRW sepenuhnya perlu menyediakan dana melebihi RM5 juta.

Jelasnya, berpandangan bahawa harga Kelantan FC lebih tinggi daripada nilai terbabit berdasarkan kepada situasi kelab yang bebas hutang dan tanpa sebarang bebanan kewangan lain.

Kredit: Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video