Pemain tengah Selangor, Nikola Jambor, menegaskan menuju penghujung kempen Liga Malaysia (Liga-M), dia mempunyai empat perlawanan akhir selain berhasrat memacu rekod cemerlang kelab itu yang belum tewas sejak 12 perlawanan lalu.
Berbaki empat aksi Liga Super, Jambor mahu ia berakhir dengan rekod bersih di bawah asuhan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi.
"Sebelum aksi final (MFL Challenge Cup), saya sudah menganggap ia sebagai tiga perlawanan akhir.
"Jadi kami akan mengharungi satu lagi aksi final bertemu Sabah pada Khamis ini.
"Kami mahu mencapai kemenangan dan mengesahkan tempat kedua Liga Super, secara tidak langsung mara ke saingan Liga Juara-Juara (ACL) 2," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kontraknya bersama Gergasi Merah hanya hingga musim ini tetapi jika kelibatnya benar benar konsisten selain membantu Selangor melunaskan empat perlawanaan terakhir liga dengan kutipan mata penuh, dia yakin situasi itu mampu membantu kedudukannya bersama jaguh dari Lembah Klang tersebut musim depan.
Masih segar dengan kejayaan Selangor menjuarai MFL Challenge Cup, pemain dari Croatia berusia 29 tahun itu menegaskan ia satu langkah yang cukup positif selepas berjaya meleburkan badi 10 tahun tanpa piala.
"Semua orang tahu saya gembira di Selangor.
"Keputusan bukan di tangan saya, terpulang kepada pihak atasan untuk tentukan adakah saya akan kekal atau tidak.
"Apa pun saya berasa amat berbesar hati berkesempatan menjadi sebahagian daripada kelab ini," katanya.

Buat semua pemain-pemain Ultimate Liga Super Fantasy, ada RM45,000 untuk anda semua rebut! Tingkatkan peluang kemenangan anda dengan pembelian Kad Pemain dan Kad Naik Taraf! ???#UltimateLigaSuperFantasy #AstroArena pic.twitter.com/msDfBthl3c
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 24, 2025