Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Eddy Gapil anggap peluang kemudi Sang Saka Biru satu penghormatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-13-174443.png
Penolong ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil menyifatkan satu penghormatan jika dia diberikan mandat dan kepercayaan untuk memikul tugas selaku ketua jurulatih Sang Saka Biru bermula saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Pengandali kelahiran Keningau itu menjelaskan bahawa dia kini sedang mengikuti kursus kejurulatihan profesional Diploma AFC modul 1 dan 2 yang telah bermula sejak 5 Mei lalu sehingga 3 Jun hadapan.

Eddy yang merupakan anggota berpangkat koperal itu beranggapan memegang status selaku ketua jurulatih di pentas tertinggi kancah liga domestik ibarat impian menjadi kenyataan buat dirinya yang sudah bersama 'The Cops' sejak musim 2019 lagi.

Untuk rekod, antara pencapaian terbaik pengendali berusia 43 tahun itu bersama PDRM ialah membawa pasukannya mara ke pentas akhir Piala MFL Challenge Cup untuk dua kali berturut-turut dan muncul juara dalam edisi 2023.

"Itu adalah impian seorang jurulatih, untuk menjadi ketua kepada sesebuah organisasi.

"Pada saya, menjadi seorang ketua jurulatih adalah penghargaan yang cukup besar jika diberi peluang oleh PRDM." katanya

PRDM telah menghuni kedudukan kesembilan di carta Liga Super bagi musim 2024/25 dengan 27 mata yang berjaya diraih daripada 24 perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video