Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Diskaun 75 peratus tiket aksi Terengganu lawan Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safawi-kedah-terengganu-fc-1024x576.jpg
Terengganu menawarkan diskaun 75% untuk tiket aksi terakhir Liga Super musim 2024/25 menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) pada 20 April ini.

Inisiatif ini diumumkan pengurusan Peteh di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Ia dilihat sebagai tanda penghargaan buat para penyokong yang setia bersama pasukan sehingga akhir musim.

“Pihak kelab telah memutuskan untuk menurunkan harga tiket bagi perlawanan terakhir ini dari RM20.00 kepada RM5.00 bagi menghargai para penyokong yang telah memberikan sokongan ketika jatuh bangun pasukan ini sepanjang musim".

“Ini juga menjadi harapan kelab agar dapat menghimpunkan ribuan penyokong untuk hadir memberikan sokongan bagi ‘perlawanan perpisahan’ ini sekaligus meniup semangat para pemain untuk mengakhiri musim ini dengan kemenangan,” kata kelab dalam satu kenyataan.




Inisiatif ini berpotensi membantu Terengganu merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Rekod kehadiran tertinggi SSMZA ialah 31,689 orang yang dicatat pada 20 Julai 2024. Tarikh tersebut menyaksikan Peteh menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA.

Kredit - MakanBola

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video