Kerja keras Jese Rodriguez yang menurunkan berat badannya membuahkan hasil apabila penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mula menemui sentuhan jaringan.
Bekas penyerang Real Madrid dan Paris Saint-Germain itu meledak gol keduanya musim ini ketika membantu skuad Harimau Selatan menewaskan PDRM 4-0 pada Rabu.
Jese yang dimasukkan untuk menggantikan Jorge Obregon menamatkan penantian mencetak gol pada minit ke-54.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo itu menyempurnakan satu gerakan menarik, hasil hantaran 'trivela' dari Park Jun-heong.
Ia merupakan gol pertama Jese dalam saingan Liga Super selepas membuka akaun jaringan dalam aksi Piala Malaysia sebelum ini.
"Ya, saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana kami bermain baik secara individu. Saya pula berasa lebih baik sejak tiba disini selepas bekerja keras setiap hari untuk menjadi lebih baik dari segi fizikal," katanya menerusi Nadi Arena.
"Hari ini dapat dilihat dengan jelas di atas padang bahawa saya berada di tahap yang betul dan bersedia untuk menikmati lebih banyak kemenangan."
Berat badan Jese yang tampak turun sebanyak 7 hingga 8 kilogram hasil diet pemakanan di JDT selain menjalani latihan kecergasan dan fizikal di gimnasium.
Bekas pemain skuad kebangsaan remaja Sepanyol itu adalah rekrut berprofil tinggi JDT yang dibawa masuk sebagai ejen bebas Oktober lalu.
"Ya, seperti yang saya katakan, saya telah bekerja keras, saya telah menurunkan berat badan kerana saya telah lama tidak bermain di tahap yang tinggi dan sekarang saya sudah bersedia, saya sangat gembira dan saya fikir ada pasukan yang hebat, keluarga yang hebat dan kini tiba masanya untuk menikmatinya di JDT."