Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Devan gusar Negeri Sembilan FC kurang pemain import

devan.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, gusar pasukan bimbingannya kekurangan pemain import menjelang sepak mula saingan Liga Super hujung bulan ini.

Skuad Jang itu setakat ini hanya memiliki tiga tonggak import sedangkan ketetapan baru Liga Malaysia musim ini membenarkan sehingga sembilan pemain daripada luar negara didaftarkan sesuatu pasukan.

Setakat ini, Negeri Sembilan hanya diperkuatkan tonggak pertahanan musim lalu, Herold Goulon, dan penyerang kebangsaan Republik Chad, 
Ezechiel N'Douassel, selain sorang lagi pemain yang dirahsiakan identitinya kerana masih dalam proses rundingan.

Situasi semasa menyaksikan pasukan bimbingan Devan itu masih belum memenuhkan kuota pemain import Asia dan ASEAN pada ketika pasukan lain bersedia melengkapkan kesemua kuota import yang dibenarkan.

"Cabarannya pasti ada kerana jika kita lihat tahun ini, kebanyakan pasukan telah melakukan persediaan dengan amat baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Lebih 50 peratus pasukan telah memulakan persediaan dengan amat baik dengan kuota maksimum pemain import.

"Ia akan menjadi musim yang sukar berbanding musim lalu kerana musim lalu hanya lima import.

"Kini anda memiliki sembilan (slot) import dan kebanyakan pasukan -- kecuali ada beberapa pasukan seperti Perak dan PDRM yang saya dengar hanya memiliki sedikit pemain import --  Kelantan dan Kelantan United juga ada ramai pemain import, begitu juga Kuching City dan lebih-lebih lagi pasukan lain yang melengkapkan kuota maksimum mereka.

"Jadi, ia merupakan satu cabaran yang amat sukar dalam saingan Liga Super.

"Ini kali pertama kita menggunakan sistem sembilan pemain import, jadi kita masih belum tahu apakah kesannya terhadap setiap pasukan," katanya.

Sebagi rekod, Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tempat keempat.

Kredit foto: Negeri Sembilan FC

 

Advertisement

Must Watch Video