Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: The Cats mahu intai misi mustahil di Kuching

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuc-vs-jdt.jpg
Kuching City bersedia mencabar dominasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan turun berentap di Stadium Negeri, Kuching malam ini dalam aksi yang dijangka sengit meskipun Harimau Selatan telah pun mengesahkan kejuaraan liga lebih awal.

The Cats tampil dengan reputasi meyakinkan selepas hanya tewas tipis 1-2 kepada JDT dalam pertemuan terdahulu di Stadium Sultan Ibrahim September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan, menyatakan keyakinan bahawa skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mampu cipta keputusan positif sekali lagi di hadapan penyokong sendiri.

“Saya percaya pemain-pemain Kuching sentiasa bersedia menghadapi setiap cabaran sepanjang musim ini. Menentang juara liga sememangnya satu tugas sukar, namun tiada yang mustahil di gelanggang sendiri".

Kedudukan semasa liga menyaksikan Kuching City berada di tangga keempat dengan 36 mata selepas 22 perlawanan, meletakkan mereka di landasan tepat ke Kejuaraan Kelab ASEAN musim depan.

Harapan Kuching City untuk kekal dalam kelompok empat teratas semakin cerah selepas pencabar terdekat, Terengganu tewas mengejut 0-1 kepada PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu.

Kredit - Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video