Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, mengesahkan pasukan itu akan menghantar laporan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Liga Super menentang PDRM FC di Cheras semalam.
Rasa terkilannya itu adalah disebabkan kualiti pengadilan sewaktu dua insiden yang melibatkan layangan kad buat pasukannya sehingga Giancarlo Gallifuoco dibuang padang dalam waktu kecederaan selepas konfrontasi bersama pemain PDRM, James Okwuosa, yang turut dilayangkan kad merah.
Terdahulu, pengendali itu turut tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Usaid Jamal, melayangkan kad kuning buat penyerangnya, Herlison Caion.
Bagaimanapun, keputusan 3-0 di Stadium KLFA itu menyaksikan The City Boys meneruskan rentetan kemenangan kepada lima perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan musim ini.
"Saya tidak boleh memberikan komen kepada anda mengenai perkara itu," kata Hodak seperti yang dipetik daripada Astro Arena.
"Saya harap saya boleh tetapi saya tidak boleh melakukannya.
"Dan kami menang 3-0. Dan selepas kami menangh 3-0, inilah yang berada dalam fikiran saya.
"Kami akan menghantar laporan. Kami pasti akan menghantar laporan.
"Agak mengecewakan apabila anda tidak boleh memberikan komen tetapi kami akan menghantar laporan.
"Saya tidak tahu sudah berapa banyak laporan yang kami sudah hantar tahun ini, tetapi kami akan menghantar juga kali ini.
"Ia sepatutnya menjadi perlawanan yang tenang, kami mendahului 3-0 dan segalanya nampak tetapi kemudian... Saya hanya perlu menghantar laporan," katanya.