LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Bojan Hodak gembira Paulo Josue kini pemain naturalisasi di KL City
Kuala Lumpur City FC menerima lonjakan luar biasa menjelang pembukaan Liga Super musim ini apabila ketua pasukan, Paulo Josue, kini didaftarkan sebagai pemain naturalisasi.
Ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, ternyata gembira dengan keadaan itu, di mana dia kini lebih bebas menyenaraikan pemain import dalam kesebelasan utamanya.
"Ia tidak melibatkan banyak perubahan taktikal kerana sebelum ini, kami menggunakan ramai pemain import dalam pramusim kerana setiap orang memerlukan minit permainan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Iklan
"Bagus untuknya mendapatkan kerakyatan (Malaysia) kerana dia sudah berada di sini selama tujuh tahun dan dia kini berkelakuan seperti orang tempatan daripada segi penyesuainya dalam masyarakat.
"Saya fikir dia layak untuk mendapatkannya dan ia akan menjadi satu lonjakan yang baik buat kami kerana dia sentiasa menjadi teladan buat pemain muda.
"Jadi, saya fikir ia akan menjadi lonjakan yang baik buat dirinya dan kelab ini kerana kami boleh mendapatkan seorang lagi pemain import dan adakalanya, ia boleh menjadi perbezaan," katanya
Sebagai rekod, Paulo Josue mula menyertai KL City sejak 2017 dan tidak pernah meninggalkan pasukan itu sehingga hari ini, di mana dia telah mengumpulkan 151 penampilan dan 56 gol.
KL City akan membuka saingan Liga Super dengan melayani kunjungan Penang FC di Cheras malam esok.
Must-Watch Video