Meskipun hatrik kedua Bergson Da Silva musim ini menjadi topik utama dalam kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kedah Darul Aman 6-0 malam, Arif Aiman Hanapi sebaliknya disifatkan sebagai duri dalam daging dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim.

Harimau Selatan mengembalikan rentak kemenangan Liga Super dengan melancarkan 23 percubaan malam tadi, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas lapan perlawanan.

Justeru, ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio, mengakui kedua-dua pemain tersebut kini dalam rentak terbaik.

"Saya gembira dengan mutu persembahan pemain pada malam ini. Terima kasih kepada pemain atas perlawanan menghiburkan dan 'kenduri' pada malam ini.

"Pemain beraksi dengan cukup baik sebagai sebuah pasukan.

"Saya tumpang gembira Bergson menemui sentuhan penyudah tetapi hari ini ini dia bermain sebagai sebuah pasukan.

"Dia banyak membantu daripada segi tekanan kepada lawan. Begitu juga dengan Arif (Aiman Hanafi) dan kedua-duanya tampil hebat sebagaimana keseluruhan pasukan.

"Arif Aiman bermain dengan sangat baik pada hari ini. Setiap kali bola di bawah kawalannya, ia mencetuskan ancaman terhadap pertahanan lawan.

"Apa pun, setiap semua pemain harus perbaiki prestasi, melakukannya dalam satu persatu perlawanan.

"Saya bukan sekadar berpuas hati dengan kesebelasan utama dan pemain gantian, bahkan keseluruhan skuad ini.

"Kami perlu meletakkan matlamat dan saingan musim ini akan menjadi sangat sengit dan panjang.

"Pemain juga tampak begitu gigih dalam mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya selepas perlawanan.