Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Aspirasi tiga mata Terengganu dijangka berdepan laluan sukar?

terengganu-sabah.jpg
Terengganu mengejar peluang beraksi di laman sendiri untuk memperoleh tiga mata apabila menerima kunjungan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, esok.

Skuad Peteh di landasan untuk merapatkan kedudukan dengan Sabah di tangga ketiga liga.

Usai mengharungi 20 perlawanan, TFC berjaya mengutip 31 mata, hanya empat mata di belakang Sabah FC (35 mata).

Bagaimanapun, di sebalik mengejar kemenangan di laman sendiri, Terengganu ketika berdepan krisis -- masalah kecederaan serta penggantungan pemain. 

Tiga tonggak utama -- Akram Mahinan, Azam Azmi Murad dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob -- ketika ini berdepan masalah kecederaan menerusi sesi latihan yang berlangsung semalam.

"Bertemu Terengganu, terdapat tiga pemain yang berdepan masalah kecederaan, saya enggan mengambil risiko untuk pemain ini beraksi namun mereka yang terpilih mampu bermain cemerlang berdepan Sabah."

Advertisement

Must Watch Video