Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Apakan daya, inilah bola sepak -- Safawi Rasid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pawi.jpg
Pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid, terkilan tidak dapat membantu Terengganu meraih tiga mata penuh meskipun bermain di tempat sendiri menetang Sabah dalam perlawanan Liga Super, malam tadi.

Meskipun menjaringkan gol berkelas dunia, namun peluang demi peluang tidak berjaya diterjemahkan kepada kemenangan yang akhirnya terpaksa akur sekadar berkongsi satu mata di Gong Badak.

"Ada seketika, kami semua mahu menjaringkan gol kerana bermain di tempat sendiri.

"Kami sememangnya menginginkan tiga mata penuh tetapi apakan daya, inilah bola sepak. 

"Mungkin Sabah hanya perlukan satu mata sahaja.




"Kami banyak mencipta peluang, namun tiada rezeki," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Berbaki tiga perlawanan, pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memasang impian untuk memenangi ke semua aksi dan mendapatkan sembilan mata secara keseluruhan.

"Untuk baki saingan liga, kami harus mendapatkan maksimum sembilan mata.

"Bola sepak macam-macam boleh berlaku," tambahnya.


Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video