Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Aidil Sharin enggan terlalu selesa, Eddy harap isu dalaman PDRM selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil.jpg
'Kejayaan kami ibarat terlalu pantas'

Itu penjelasan daripada ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, yang menyifatkan kebangkitan pasukannya dalam kancah Liga Super 2025/26 ibarat datang terlalu cepat.

Perkara itu susulan mereka membelasah PDRM di Stadium Selayang dengan lima gol tanpa balas yang menyaksikan The Cats kini berada di tangga ketiga liga selepas lapan perlawanan.

Begitupun, bagi Aidil dan pasukannya enggan perlu mendabik dada kerana dia masih mengharapkan lebih lagi dengan konsistensi menjadi perkara utama.






"Daripada aspek sikap saya gembira, tetapi dalam aspek bola sepak kami tidak boleh berpuas hati kerana kami perlu perbaiki dan menjadi lebih baik.

"Sangat penting buat semua pemain lakukan yang terbaik, dan perbaiki apa yang perlu, itu lebih penting buat kami musim ini," katanya.

Dalam pada itu, hasil kekalahan besar ke atas Kuching City yang juga merupakan kekalahan keempat dalam liga. 

Jurulatih PDRM, Eddy Gapil, menyifatkan ia juga berkait rapat dengan situasi dalaman yang berlaku ketika ini dalam pasukan.

Eddy juga punyai harapan tinggi supaya segalanya diselesaikan supaya mereka boleh hadapi musim ini dengan lebih baik.

"Saya minta pihak pengurusan agar boleh ambil tindakan untuk pemain kerana apa yang saya lihat sekarang, hari demi hari tahap kesabaran mereka semakin berkurangan.

"Tempoh rehat ini saya harap ada perkara positif buat pasukan." ujarnya.


 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video