Pelbagai rekod menarik berjaya dicipta oleh juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), susulan meraih kemenangan besar 9-0 terhadap Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Setakat minggu ke-24 liga sedang berlangsung, wakil Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu sudahpun merekodkan 43 gol berdepan empat pasukan dengan jaringan paling tinggi sepanjang kempen musim ini.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu seperti harimau kelaparan memburu mangsa memuaskan nafsu sendiri dengan menganjurkan pesta jaringan tanpa henti dalam setiap perlawanan, sekali gus mengutip 88 gol secara keseluruhan.
Pusingan pertama dan kedua Liga Super menyaksikan JDT meninggalkan kesan luka yang mendalam kepada empat pasukan yang terpaksa menanggung bolos paling tinggi.
Kuala Lumpur City dan Penang menelan pahit apabila berkongsi catatan sama iaitu lapan bolos.
Meskipun bijak memperdayakan penjaga gawang kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi, untuk Kedah mendapatkan gol sagu hati, namun JDT tetap memperoleh 12 gol ketika menentang Sang Kenari musim ini.
Dan Kelantan Darul Naim menjadi lawan terbaru JDT apabila dimalukan dengan 15 jaringan secara keseluruhan.
Tidak terhenti di situ, ia termasuk pemain JDT yang turut menghasilkan rekod individu, menandakan penguasaan penuh dominasi bola sepak Malaysia.
Bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson da Silva, memperbaharui rekod jaringan terbanyak semusimnya 29 gol yang dilakukannya dalam musim 2022, di mana dia ketika itu mengatasi rekod 26 gol Ifedayo Olusegun setahun sebelumnya.
Bergson telah menghimpunkan 104 gol Liga Super sejak menyertai JDT pada 2021 dan kekurangan dua gol lagi untuk menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.
Selain itu, legenda JDT, Safiq Rahim, juga menamatkan penantian 647 hari untuk menemui jaringan apabila melengkapkan kemenangan 9-0 Harimau Selatan di mana kali terakhir Safiq menjaringkan gol ialah ketika JDT menewaskan Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super di venue sama pada 3 Julai 2023.

GAWANG KDN FC PALING BANYAK BOCOR KETIKA MENENTANG JDT1️⃣5️⃣⚽️❌
— 433Malaysia (@433Malaysia) April 10, 2025
Statistik pasukan paling banyak bolos menentang JDT dalam saingan Liga Super 24/25 :
1.Kelantan Darul Naim FC - 15 Gol
2.Kedah Darul Aman FC - 12 Gol
3.Penang FC & KL City FC - 8 Gol
? : JST pic.twitter.com/xDhE7UnpJc