UiTM FC mencerahkan peluang untuk memburu tiket Piala Malaysia buat julung kalinya apabila menjadikan Terengganu sebagai mangsa belasahan dalam aksi Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, petang tadi.
Dua pemain import tuan rumah, Do Dong-hyun dan Akanni Sunday, menjadi watak penting dalam kemenangan UiTM meleburkan rekod enam perlawanan tanpa kalah anak buah Irfan Bakti Abu Salim dengan kemenangan 4-0.
Pemain import kelahiran Korea Selatan, Dong-hyun, membuka tirai gol perlawanan pada minit ke-33 dan Sunday menambah derita Terengganu apabila dua gol lagi pada penghujung babak pertama dan awal babak kedua.
Semangat The Lion Troops terus membara dan berhasil menambah jaringan keempat menerusi pemain gantian, Anwarul Hafiz Ahmad, dalam masa kecederaan.
Sementara itu, Kuala Lumpur turut memungut mata penuh, namun terpaksa menanti sehingga minit-minit akhir perlawanan sebelum berjaya mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas ATM FA.
ATM bangkit mengikat kedudukan perlawanan menerusi Pavel Smolyachenko untuk memadam kelebihan pelawat yang memimpin perlawanan menerusi jaringan sendiri Ikbol Babakhanov pada minit ke-50.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Kuala Lumpur, Hafiz Johar, muncul wira The City Boys apabila menyumbat gol pada penghujung perlawanan.
Di Kangar, Perlis merakamkan kemenangan pertama musim ini dalam pertembungan tangga tercorot, apabila menumpaskan MISC-MIFA, 2-0.
Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan, mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) II, 1-1, di Pasir Gudang.
Kedua-dua gol dihasilkan pada separuh masa pertama dengan pelawat terlebih dahulu mendahului hasil penyudah Bruno Suzuki sebelum JDT II bangkit menerusi Jeronimo Barrales -- gol ketiganya dalam tiga perlawanan.
PKNP FC pula melonjak ke tangga kedua susulan kemenangan 2-1 ke atas PDRM.
KEPUTUSAN PENUH:
Perlis 2 MISC-MIFA 0
ATM 1 Kuala Lumpur 2
UiTM FC 4 Terengganu 0
Sabah 2 Kuantan FA 1
JDT II 1 Negeri Sembilan 1
PKNP FC 2 PDRM 1