BOLA SEPAK

Liga M3: AFL sudah terima permohonan rasmi Kelantan FC

Stadium Astro
Fadhirul Shuhaimi
19/02/2024
02:40 MYT
Sponsor Banner
Liga M3: AFL sudah terima permohonan rasmi Kelantan FC
Ketua Pegawai Operasi (COO) Amateur Football League (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad sahkan pihaknya telah menerima permohonan rasmi dari Kelantan FC untuk pasukan itu menyertai saingan Liga M3 musim 2024/2025.
Jelas Mohd Raimi Fakri, Kelantan FC telah menyatakan hasrat mereka untuk bersaing di Liga M3 menerusi permohonan bertarikh 7 Januari lalu dan pihaknya akan meneliti setiap sudut sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.
"Saya tak menafikan memang kita ada terima permohonan rasmi daripada Kelantan untuk bermain di MBSB Bank Championship. Cumanya seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini, fokus kita adalah untuk 14 pasukan yang layak secara merit.
"Kita akan perhalusi juga permohonan Kelantan cumanya dia (Kelantan) diletakkan asing daripada 14 pasukan. Kalau kata ada sebarang penarikan diri atau pun pasukan-pasukan daripada 14 pasukan ini boleh memberikan pengesahan mungkin ada ruang untuk pasukan Kelantan."
Beliau dalam perkembangan sama turut memaklumkan saingan Liga M3 musim 2024/2025 akan buka tirai pada 3 Mei depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video