Kehangatan MotoGP Malaysia kian terasa dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedia menyambut kehadiran ribuan peminat hujung bulan ini.
200,000 pengunjung dijangka akan memenuhi tempat duduk penonton di SIC pada hari perlumbaan, di mana sasaran itu dianggap tidak mustahil selepas lebih 190,000 pengunjung dicatatkan dalam edisi tahun lalu.
Selain itu, Tiket Madani juga dijangka akan terus menjadi antara inisiatif bagi merancakkan lagi sambutan Grand Prix berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, melihat usaha mengekalkan MotoGP di Sepang selama lima tahun lagi mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai tuan rumah dalam kalendar kejuaraan dunia berkenaan.
"Sebelum kalau kita lihat, kehadiran pengunjung sepanjang tempoh penganjuran melebihi 190,000 pengunjung," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Pada tahun ini, kita berharap akan mencapai 200,000 pengunjung secara keseluruhan.
"Kita juga akan menyaksikan anak tempatan yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, Hakim Danish Ramli, juga akan bersama."
"MotoGP","Litar Antarabangsa Sepang","Dr. Mohammed Taufiq Johari","Hakim Danish Ramli"