REAL MADRID 3 APOEL 0
Cristiano Ronaldo berkata saingan Liga Juara-Juara merupakan pertandingan utama buat Real Madrid apabila memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan.
Ronaldo meledak dua gol buat gergasi liga Sepanyol itu untuk mengatasi kelab Cyprus, APOEL, 3-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Masih lagi menjalani penggantungan lima perlawanan domestik kerana menolak pengadil dalam aksi Supercopa de Espana, Ronaldo kembali mempamerkan taring dengan dua gol untuk melebarkan rekod jaringannya dalam Liga Juara-Juara kepada 107 gol.
Ronaldo dan Madrid menyasarkan untuk meraih kejuaraan Eropah ketiga berturut-turut.
"Perjalanan masih jauh, maka ayuhlah tumpu kepada satu persatu perlawanan. Yang pertama, kami perlu mengharungi aksi di peringkat kumpulan, kemudian kita akan lihat," kata Ronaldo menerusi UEFA.com.
"Sudah tentu kami ingin memenangi pertandingan ini. Liga Juara-Juara adalah saingan sebenar buat Real Madrid dan kami mahu memenanginya."
Ronaldo kembali untuk Madrid selepas pasukan itu hambar dalam dua perlawanan terakhir yang menyaksikan mereka sekadar seri dengan Valencia dan Levante dalam LaLiga.
Ronaldo, 32, meletakkan Madrid di depan pada minit ke-12 sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti, enam minit sebelum babak pertama berakhir.
Ketua pasukan Madrid, Sergio Ramos, kemudian melengkapkan kemenangan dengan sepakan gunting ketika perlawanan berusia sejam.
"Saya gembira dapat beraksi," kata Ronaldo lagi.
"Ini kejuaraan mustahak dan dapat beraksi semula serta menyumbat gol sangat penting buat saya. Saya membantu pasukan dan berasa bagus mengenainya.
"Ia perlawanan wajib menang; kami bermain di tempat sendiri dan mahu memulakan Liga Juara-Juara dengan baik.
"Pasukan ini dalam keadaan yang bagus; kami sedar akan berdepan sebuah pasukan yang gemar bertahan.
"Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi ini satu keputusan dan permulaan yang baik. Jadi, kami gembira mengenainya."