Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Europa: Rangers atur pertemuan final dengan Eintracht

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rangers.jpg
RANGERS 3 LEIPZIG 1 
(Rangers mara dengan agregat 3-2)

John Lundstram memuji malam terbaiknya selepas memacu Rangers ke final Liga Europa menerusi kemenangan dramatik ke atas RB Leipzig, sebentar tadi. 


Pemain tengah itu muncul wira apabila dia menjaringkan gol kemenangan menuju 10 minit tamat perlawanan untuk pasukan asuhan Giovanni van Bronckhorst tersebut menang dengan agregat 3-2 di Ibrox.

Turun dengan defisit 0-1 hasil pertemuan pertama, gol babak awal daripada James Tavernier dan Glen Kamara menjadikan tuan rumah berkelebihan 2-1 sebelum Christopher Nkunku menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 20 minit.

 

Tetapi Lundstram membuatkan Ibrox gegak gempita dengan jaringannya sekali gus menempah pertemuan dengan Eintracht Frankfurt di Seville, 19 Mei depan.

“Saya tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata,” katanya kepada BT Sport. 

“Saya turun dengan satu perasaan yang baik tetapi untuk melakukannya, saya tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata.

“Kami telah melalui begitu banyak pasang surut sepanjang musim ini tetapi untuk mengharunginya dan mara ke final Liga Europa, wau!

"Ia adalah malam terbaik saya setakat ini."

Advertisement

Must Watch Video