Ketua panel pemilihan pemain, K. Gunalan, mahu memanfaatkan baki dua hari liga Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC) sebelum menentukan barisan pemain ke saingan zon Asia di Singapura hujung bulan ini.
Sebagai bekas pemain dan jurulatih Selangor, Gunalan dipertanggungjawabkan untuk memilih 10 pemain yang akan mara ke pusingan seterusnya.
Meskipun banyak yang perlu diasah peserta AJFC kali ini, pengendali berusia 53 tahun itu tetap gembira dengan kehadiran ramai pemain berpotensi besar mewakili zon masing-masing.
Gunalan turut dibantu dua bekas pemain bola sepak berpengalaman, Rudie Ramlee dan Mohd Nizaruddin Yusof.
"Kami cuba melihat dengan teliti kualiti yang dimiliki barisan pemain dalam Liga AJFC kali ini. Baki dua hari saingan akan digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan barisan terbaik," katanya.
Dia turut melihat AJFC sebagai platform terbaik bagi melahirkan atlet dalam kancah bola sepak.
"AJFC merupakan pentas terbaik untuk barisan pemain dalam lingkungan umur 14 hingga 16 tahun untuk mempamerkan kualiti bermain bola sepak."