Universiti Malaysia (UM)-Damansara mengalihkan perhatian mereka untuk mencabar Selangor II dalam misi mengekalkan momentum lima kemenangan Liga A1 Semi-Pro musim ini.
Selepas menundukkan Kelantan WTS 4-1 Jumaat lalu, pengendali (UM) Damansara, Ridzuan Abu Shah, enggan mereka tercicir mata sambil menagih sekurang-kurangnya keputusan seri bagi memastikan anak buahnya kekal mencabar kelompok atasan liga.
Namun, tugas yang menanti selepas ini mencabar apabila bakal berhitung dengan pendahulu Liga A1 Semi-Pro, Selangor II, Sabtu ini.
"Selangor II salah satu pasukan kuat dalam liga, kami mengharapkan satu mata sekurang-kurang dikutip selepas kekalahan kepada JDT (Johor Darul Ta'zim).
"Saya harap kami berada di tahap agak bagus untuk menyangi Selangor," katanya.
Mereka bertekad menggunakan kelebihan beraksi di Stadium UM Arena kelak sekaub menuntut prestasi optimum daripada barisannya.
Berdepan masalah kecederaan dua pemain utama, Ilhan Izaaq Izhan (pertahanan) dan Zainul Ariffin Ahmad Latifi (pemain tengah(, yang berkemungkinan terlepas aksi bertemu Selangor II, Ridzuan juga perlu mempertimbangkan status bek kiri utama, Iman Hakimi Aznan.
"Kami akan berhubug dengan AFL (Liga Bolasepak Amatur) untuk mengetahui status Iman. Dia sebelum ini menerima dua kad dan kad merah. Kemudian mengutip satu lagi kad kuning," katanya.