Pendahulu Liga A1 Semi-Pro 2025/2026, Armed Forces, memulakan kempen dengan nada keyakinan menerusi kelibat 'Messi' dalam skuad kendalian Kevin Cooper itu.
Messi yang dimaksudkan bukanlah bintang terkemuka dunia, Lionel Messi, sebaliknya merujuk kepada Muhammad Hadi Mohamad yang diberi jolokan “Hadi Messi“.
Dia mengambil inspirasi kapten Argentia itu yang bertubuh kecil, namun mencetuskan impak maksima dalam dunia bola sepak.
Hadi yang merupakan penyerang tunggal Armed Forces dalam formasi 5-3-2 oleh Cooper sudah merekodkan tiga jaringan dengan membenam Bunga Raya dan Imigresen II.
"Tahap keyakinan dalam permainan sebenarnya terletak kepada diri sendiri.
"Cuma saya memang minat Messi maka sebab itulah saya pilih guna nama 'Hadi Messi' di laman sosial.
"Saya perlu bijak menggunakan fizikal yang berbadan kecil," katanya.
Hadi sedang meniti fasa terbaik dalam musim sulungnya bersama Armed Forces selepas membantu Melaka muncul juara liga musim lalu.
Meskipun kurang minit permainan bersama Melaka, Hadi masih berkesempatan menjelmakan tujuh jaringan sepanjang musim lalu.
Pengalaman berharga bersama Melaka menjadi azimat buatnya terus memacu jentera serangan menjelang pertemuan menentang Kelantan WTS, pada 23 Ogos depan.
"Sedikit sebanyak prestasi di Melaka banyak membantu saya.
"Saya harap dapat sumbangkan lebih daripada 10 jaringan," katanya.