Penyerang import Kelantan Red Warrior (KRW), Emmanuel Mbarga, teruja membantu pasukannya merealisasikan hasrat mara ke pentas Liga Super 2026/2027.
Sedar ia bukan tugas mudah, penyerang kelahiran Cameroon itu percaya dengan kerjasama erat dan komitmen semua pihak tidak mustahil sasaran itu mampu dicapai.
Mbarga turut berharap penyokong setia Kelantan akan sentiasa memenuhi stadium tidak kira sama ada di laman sendiri atau di tempat lawan sepanjang saingan Liga A1 Semi-Pro kerana ianya mampu menjadi suntikan semangat buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam memburu kemenangan.
Selain Mbarga, KRW turut diperkuatkan dengan kehadiran dua lagi tonggak import iaitu Otis Khan dari Pakistan serta Kayden Soper dari Australia.
"Saya ke mari kerana melihat Kelantan mempunyai projek besar.
"Saya menggemari projek sebegini untuk mencabar diri sendiri.
"Setelah melihat sejarah kelab ini, saya lantas bersetuju.
"Saya mahu menggembirakan penyokong dan melonjak ke Liga Super," katanya.