Skuad Armed Forces berselera untuk melakar kemenangan kedua menjelang pertemuan dengan Imigresen 2 dalam Liga A1 Semi-Pro pada Jumaat ini.
Ketua jurulatih, Kevin Lee Cooper, menyifatkan ia sebagai aksi menarik selain menegaskan tidak banyak rahsia mampu ditawarkan pihak lawan memandangkan mereka sering bertemu dalam beberapa siri perlawanan musim lalu selain melalui beberapa aksi persahabatan dalam pramusim.
Bahkan, kelibat Pengarah Teknikal Imigresen, Datuk Zainal Abidin Hassan, dilabel sebagai watak utama atas dasar kelicikan perancangannya.
"Saya dan Zainal saling mengenali rapat dan kerap berunding. Dia banyak membantu sejak saya tiba di sini.
"Dia juga berpengetahuan luas dalam kancah di negara ini.
"Ini akan menjadi perlawanan yang sukar.
"Kami cuma perlu tumpu kepada meneruskan langkah positif setakat ini," katanya.
Dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Bunga Raya serta pemain yang bebas daripada sebarang kecederaan semasa, Kevin yakin kemenangan kedua buat pasukannya bukan sekadar omong kosong.
"Pemain dalam kesebelasan utama perlu mengekalkan mutu permainan bagi mengekalkan posisi.
"Pemain simpanan pula perlu bekerja lebih keras untuk merebut tempat.
"Mungkin ada pemain yang merasa kecewa jadi mereka haruslah terus bersemangat untuk mendapatkan tempat," katanya.