Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi Pro: Bukan mudah pecahkan pertahanan Imigresen II -- Hadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pengadil.jpg
Penyerang Armed Forces, Muhammad Hadi Mohamad, mendedahkan jurulatih Kevin Cooper merupakan insan yang sering memberikan kepercayaan kepadanya untuk mempamerkan kebolehan sebenar di atas padang.

Hadi yang juga seorang guru tidak memandang kerjayanya itu sebagai masalah untuk tetap cemerlang dalam sukan yang diminatinya itu. 

Penyudah berbisa dimiliki pemain itu jelas menjadikannya antara penyerang yang perlu digeruni dengan tiga gol dalam hanya dua perlawanan setakat ini.

"Bagi saya setiap sesi Latihan kami menyediakan barisan pertahanan dengan baik, kami perlu terapkan dalam perlawanan juga.






"Hari ini kami menunjukkan kepada orang ramai kami mampu bertahan dengan baik. Bukan mudah pecahkan pertahan Imigresen namun Alhamdulilah dapat raih tiga gol," katanya.

Sementara itu, pemain tengah Armed Forces, Hairul Iqmal, turut berada dalam radar antara pemain yang menjaringkan gol terbanyak seiring Hadi, dalam usaha pasukannya berjaya elak daripada dibolosi dalam dua perlawanan awal.

Namun Hairul, yang juga merupakan seorang tentera masih bernafsu memburu gol dan ingin mengekalkan rekod tanpa kalah.

"Bagi saya kami berikan 100% dalam latihan dan lakukan apa yang jurulatih mahukan." katanya.

Sedikit merisaukan susulan minit-minit akhir perlawanan menyaksikan suasana tegang antara ketua jurulatih Imigresen II, Azlan Ahmad, yang dilihat bergegas ke arah pengadil kerana membantah keputusan yang dilakukannya dan ianya berlarutan sehingga wisel penamat dibunyikan. 

"Kami terima keputusan malam ini dan ia tidak boleh diubah, tetapi kami minta Persatuan Pengadil Malaysia mengambil iktibar untuk semak keputusan yang dilakukan.

"Kadang kala ada keputusan yang tidak berpihak kepada kami dan tidak boleh diterima." ujar pengurus pasukan Imigresen II, Fadzriel Amrie.
 

Advertisement

Must Watch Video