Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski raih anugerah Pemain Terbaik di Jerman buat kali kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robert-lewandowski_.jpg
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, dinobat sebagai Pemain Terbaik Jerman 2021.

Pemain kelahiran Poland itu meraih anugerah tersebut buat kali kedua berturut-turut susulan memecah rekod Bundesliga bersama Bayern; mejnadi pemain pertama untuk mempertahankan anugerah tersebut sejak Michael Ballack pada 2003.

Lewandowski menjaringkan 41 gol dalam saingan liga -- mengatasi rekod Gerd Muller (40) yang dilakukan pada musim 1971-72 -- ketika skuad kendalian Hansi Flick merekodkan kejuaraan liga buat kali kesembilan.

Pemain berusia 32 tahun itu menerima 356 daripada 563 undian yang dilakukan oleh wartawan menerusi majalah sukan, Kicker -- lebih 315 daripada pencabar terdekat, Thomas Muller.



"Saya tahu betapa berbangganya meraih anugerah ini," katanya kepada laman web rasmi kelab.

"Ini adalah sumber kebanggaan dan kegembiraan bagi saya, kerana jarang seseorang memenangi gelaran Pemain Terbaik Dunia di Jerman dua kali berturut-turut."

Advertisement

Must Watch Video