BUNDESLIGA
Lewandowski abaikan spekulasi mengenai masa depannya
Robert Lewandowski berkata dia tidak memberikan sebarang perhatian terhadap spekulasi mengenai masa depannya pada ketika dia sedang mengintai lebih kejayaan bersama Bayern Munich.
Penyerang kebangsaan Poland itu, yang menjaringkan 30 gol daripada 25 penampilan dalam kesemua kejohanan musim ini, masih mempunyai kontrak bersama juara Bundesliga itu sehingga Jun 2023.
Menghadiri Anugerah Bolasepak Globe di Dubai malam tadi, Lewandowski berkata bahawa dia tidak akan terganggu dengan spekulasi yang mendakwanya akan meninggalkan Bayern.
Iklan
"Dalam hidup saya sebagai pemain bola sepak, saya sentiasa melakukan apa yang saya pilih," kata pemain berusia 33 tahun itu.
"Saya masih dapat bermain untuk tahun-tahun akan datang.
"Saya tidak memikirkan masa depan saya bagi beberapa tahun ke depan.
"Mungkin saya boleh melakukannya tetapi ketika ini, segala-galanya berjalan lancar, saya sedang fokus kepada musim ini, untuk perlawanan yang akan datang dan apa yang saya mahukan musim ini.
"Setiap tahun akan ada spekulasi dan bagi saya, ia bukan sesuatu yang baru.
"Saya fokus di atas padang, dalam latihan. Ia sukar jika anda mendengari suara-suara seperti itu.
"Perkara paling penting adalah untuk berasa gembira seadanya," katanya.
Dalam Majlis Anugerah Bolasepak Globe, Lewandowski memenangi Anugerah Pemain Terbaik Pilihan Peminat dan Anugerah Maradona selaku penjaring gol terbaik.
Must-Watch Video