LIGUE 1

Letellier lanjut kontrak dua tahun di PSG

Stadium Astro
Muzaffar Musa
07/07/2022
05:03 MYT
Sponsor Banner
Letellier lanjut kontrak dua tahun di PSG
Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Alexander Letellier, menandatangani kesepakatan baru selama dua tahun bersama pasukan juara Ligue 1 berkenaan.
Letellier mula menyertai PSG sejak dua musim lalu selepas tiba daripada akademi kelab itu tetapi sukar mendapat peluang untuk membarisi pasukan utama.
Dia merupakan penjaga gol pilihan ketiga di belakang Gianluigi Donnarumma dan Keylor Navas sepanjang musim lalu dan hanya dapat melakukan satu penampilan ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir PSG.
PSG, yang baru sahaja melantik Christophe Galtier sebagai ketua jurulatih baru, turut memiliki Sergio Rico sebagai penjaga gol sokongan selepas pemain itu menamatkan tempoh pinjamannya bersama Mallorca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video