Skip to main content

Bola Sepak

Lesen Kebangsaan: MFL pertahan tindakan FIB lanjutkan tempoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-lesen.jpg
Malaysian Football League (MFL) menjelaskan badan bebas, First Instance Body (FIB),  tidak bertindak sewenang-wenangnya malah lanjutan tempoh permohonan Lesen Kebangsaan dibuatkan adalah berlandaskan peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025.

Ini berikutan kenyataan daripada kelab Penang, semalam, yang menyuarakan kebimbangan susulan tindakan FIB yang melanjutkan tempoh permohonan Pelesenan Kebangsaan.

MFL dalam kenyataan rasmi berkata, FIB mengambil maklum kenyataan yang dikongsikan oleh kelab Liga Super melalui media sosial baru-baru ini berkenaan tarikh akhir penyerahan dokumen Pelesenan Kelab untuk kitaran 2024-2025 bagi Lesen Kebangsaan.

“Jawatankuasa FIB menghargai komitmen kelab-kelab yang telah melengkapkan proses memuatnaik dokumen sebelum atau pada 30 April 2025 dalam sistem pelesenan AFC CLAS dan mematuhi tarikh akhir asal yang telah ditetapkan."

“Namun begitu, atas permohonan daripada beberapa kelab yang dikemukakan secara bertulis, pihak FIB telah pertimbangkan permohonan lanjutan tarikh akhir selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2025."





“Keputusan lanjutan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada FIB di bawah Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024, Artikel 7, 8 (a)."

Dengan lanjutan masa itu, MFL berharap agar kelab-kelab terlibat dapat memuatnaik dokumen selewat-lewatnya pada tarikh akhir baru iaitu sebelum atau pada 10 Mei 2025. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video