Leny Yoro percaya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 'akan berbeza' bagi Manchester United susulan mereka akan berusaha untuk membalas dendam kepada pasukan lawan selepas menghadapi kempen yang buruk musim lalu.
United menduduki tempat ke-14 dalam kempen liga 2024/25, sekali gus merupakan kedudukan paling terendah sejak mereka tersingkir ke divisyen dua pada 1974.
Pemain berusia 19 tahun itu hanya bermula sebanyak 12 kali dalam kesebelasan utama daripada 22 penampilannya dalam kempen EPL musim lalu selepas pulih daripada kecederaan buku lali.
"Apabila anda beraksi untuk Manchester United, anda perlu mempunyai minda untuk menjadi versi terbaik diri anda. Saya rasa apa yang kami lakukan musim lalu adalah kesilapan buat kami.
"Apabila anda (bergelar pemain) Manchester United, anda tidak boleh berada di kedudukan ini. Penyokong tahu, semua orang tahu. Musim ini akan berbeza untuk kami.
"Ia akan menjadi seperti membalas dendam daripada kami musim lalu. Kami adalah kelab besar, ramai orang mahukan kami gagal." katanya.
The Red Devils akan memulakan kempen EPL berdepan Arsenal di Old Trafford pada 17 Ogos ini.

A home away from home ?❤️
— Manchester United (@ManUtd) August 4, 2025
Thanks for showing us the love in the USA, Reds — you were great ? pic.twitter.com/8TfsYzBUlC